Mimpi real dan jelas, dinamakan juga lucid Dreaming
Mimpi boleh di kontrol bila kita berada dalam Mimpi Real ini.
Tentu setiap kali anda tidur, anda ditemani mimpi. Dalam mimpi itu ada yang kabur dan ada yang jelas. Bila kita bermimpi dengan jelas, ianya menjadi seakan2 benar dan kadang kala kita rasa boleh kendali situasi dalam mimpi tersebut. Maknanya anda telah sedar secara tak langsung dalam mimpi itu.
Kadang kala anda dapat rasakan emosi dan pemikiran dikala itu. Maksudnya anda sempat berfikir. Eh ini aku bermimpi! Tapi sayang anda tidak boleh berbuat apa. Kerana anda tidak ada pengalaman dan tidak mahir kendali mimpi yang jenis ini.
Saya percaya ada ramai diantara kita yang rasa seakan-akan boleh dan mampu untuk kawal mimpi. Sama ada situasi, objek dan jalan cerita. Ya sebenarnya kita boleh saja mengawal dan mengendali setiap situasi dalam mimpi. Contohnya jika anda dapat mimpi buruk, anda ubah situasi kepada mimpi yang enak, mimpi best, mimpi seronok dan mimpi yang baik.
Boleh jadi, anda dapat mengawal keseluruhan mimpi-mimpi anda. Dan anda bermimpi sebagaimana yang anda inginkan.
Teruuskan membaca untuk anda mengetahi serba sedikit tentang mimpi ini. Ramai orang yang tidak ambil tahu pasal mimpi. Sedangkan kita semua ditemani mimpi disetiap malam. Atau disetiap kali kita tidur.
Bila anda boleh bermimpi jenis yang jelas ini?
Ok kita mulakan dengan fasa pertama anda tidur. Mula-mula anda rebahkan badan anda. Anda tidak rasa apa-apa lagi. Sejurus kemudian bila anda beransur hendak lelap, anda akan mengalami peralihan gelombang otak. Kecepatan otak berkurang kepada alfa.
Bila anda masuk fasa tidur permulaan, dan sedikit mendalam bola mata anda akan mula bergerak, ini menandakan anda dah mula masuk fasa mimpi. Ada orang dah mula bermimpi dan ada orang tidak perasan. Gerakan mata cepat ini dinamakn REM.
Ada dua jenis tidur, iaitu tidur REM dan bukan REM
Tidur bukan REM ada beberapa peringkat yang berasingan. Dan semasa tidur bukan REM situasi gelombang otak, degupan jantung dan pergerakan mata anda hanya perlahan.
Manakala tidur REM adalah sebaliknya. Iaitu semua yang disebutkan diatas sangat aktif.
Tahukah anda, mimpi jenis ini berlaku pada situasi tidur yang polanya REM.
Bila anda dapat mimpi yang jelas atau LUCID ni. Anda memang dapat rasakan anda sedar ketika anda bermimpi. Cuma kawal tu, belum tentu. Kesedaran biasanya ada ditahap ini.
Kira-kira 55 peratus orang telah mengalami satu atau lebih impian yang jelas sepanjang hayat mereka. Walau bagaimanapun, mimpi yang kerap jelas jarang berlaku. Hanya 23 peratus orang mempunyai impian yang jelas sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Mengikut penelitian yang saya baca dan kaji. Lebih kurang 55% orang yang dapat LD atau mimpi jelas seumur hidup. Walaupun mimpi jenis ini sangat kurang berlaku. Dan kurang dari 25% yang dapat sebulan sekali. Ada juga yang dapat hampir setiap hari, tentu saja peratusan nya juga sangat sedikit.
Anda diketegori yang mana?Nak tahu cara bagaimana untuk mendapat mimpi yang real dan jelas ini?
Jangan lupa ikut blog ini.. anda juga boleh klik LINK ini